Tuesday, December 16, 2008

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .

Allah Maha Besar

DOA IFTITAH

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


BACAAN KETIKA RUKUK

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


BACAAN KETIKA IKTIDAL

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


BACAAN KETIKA SUJUD

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


BACAAN KETIK TAHIYAT AWAL

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


DOA QUNUT

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Monday, December 15, 2008

BILA AL-QURAN BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku. Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang. Aku kau junjung dan kau pelajari. Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari. Setelah selesai engkau menciumku mesra. Sekarang engkau telah dewasa. Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku. Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu. Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji. Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan.

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa. Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan. Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi....surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu. Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia. Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi. Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu. Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu. Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja. Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu. Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan. Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu. Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku. Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV, Menonton siaran televisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk, Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.

Waktupun cepat berlalu.Aku semakin kusam dalam laci-laci mu. Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama. Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali. Itupun hanya beberapa lembar dariku.Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu. Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku. Atau waktu kematian saudara atau taulan mu. Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba, Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya. Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu. Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t. Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu. Setiap saat berlalu, Dan akhirnya kubur yang setia menunggu mu..

SIAPAKAH KITA...?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang pesanan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

NDT-EDDY CURRENT TESTING SIGNAL


NDT-EDDY CURRENT TESTING SIGNAL

Salah satu contoh signal untuk eddy current

Sunday, December 14, 2008

DIET RASULULLAH


JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam
      Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

Thursday, December 4, 2008

Live bersama radhi OAG Junior......Siap bleh sain autograp lagi....KOYA..!!!

My Favourite Car





Wednesday, December 3, 2008

kabin kami

Ni le environment kabin aku....line clear boh.....


Abang Mang tekun mengadap komputer



Geng2 CIT sedang beraksi.....




Ketua Penyamun kabin aku.....Castello......



Macam tokey besor.....







Tuesday, December 2, 2008

BanJir di Alur Tuman










Pemberita kami yang terkenal (berbaju putih dan berseluar pandek) sedang meninjau keadaan banjir yang berlaku dengan ditemani oleh anggota pasukan penyelamat terlatih(tidak berbaju)......


BANJIR.....TENGKUJUH.......

Banjir yang melanda negeri Terengganu di kawasan Merchang...Sebuah kete dok lepah ngarong air....
Sebuah rumah tenggelam......

Kenderaan salah seorang pemberita kami yang tersangkut ditepi jalan....

Air yang melimpah.......Dok napok jalan teruh.....

Hanya kenderaan berat boleh melalui jalan ni......kenderaan ringan kalu nok tra boleh gok.....Tapi dok tahu ah lepah ke dok......





Situasi Hangat Dikabinku



Tok bomoh dengan tekun menelaah pelajaran reportnya untuk mencapai target yang telah ditentukan oleh klien. Jangan dikacau peserta bertuah ini kerana akan di timbuk apabila terdapat gangguan yang menggugat konsentrasinyer........



Tok bomoh yang glamer memberi tunjuk ajar kepada anak buahnye cara-cara membelek kertas dengan betul.


Salah seorang klien dalam kabin aku yang serius sedang mengecop borang kawin untuk disubmitt ke jabatan agama.......kehkehkeh.....




Inilah dia, tidak lain dan tidak bukan.....SUPERVISOR Terbaik abad ini.......Hensem dengan gayanye memegang safety harness...konon2 nok masuk site......Hampeh.......





Monday, December 1, 2008

The best among the best...!!!

Dua orang pekerja terbaik sebuah syarikat ujian tanpa musnah tempatan iaitu tok bomoh dan seorang lagi tidak mahu dikenali sedang beraksi membuat persiapan untuk memulakan kerja menjolok boroscope....aksi macho mereka sempat dirakam oleh papparazi tidak bertauliah.....wakakakakaka.....

Kerja2 Ujian Tanpa Musnah



Salah satu teknik ujian tanpa musnah iaitu Magnetic Particle Inspection sedang dilakukan di dasar laut

Kerja kerja ujian tanpa musnah. Ingat senang ker keje gini? Rohok boh......Sek2 nembok guna sos ni untuk X-RAY paip. Bahaya nih...Radiasi.....


geng ujian tanpa musnah


Jejaka tampan NDT dari negeri utara......macam radhi OAG muka dier.....aku rembat je gambo ni.